Sinopsis Kursus
Modul ini direka khas untuk membina kemahiran bersepadu Artificial Intelligence (AI) dan pengetahuan praktikal yang diperlukan oleh profesional untuk diaplikasikan dalam skala tindakan serta keputusan di peringkat organisasi. Kursus komprehensif ini disusun dari konsep asas AI hingga kepada aplikasi yang canggih dan pertimbangan etika. Kursus ini boleh memberi impak terhadap penguasaan sepenuhnya potensi AI ini sekaligus memperkasa amalan cekap lagi terbaik dalam pelaksanaan tanggungjawab profesional peserta kursus.
Hasil Pembelajaran
- • Kursus ini boleh memberi impak terhadap penguasaan sepenuhnya potensi AI ini sekaligus memperkasa amalan cekap lagi terbaik dalam pelaksanaan tanggungjawab profesional peserta kursus.
- • Peserta kursus ini akan memahami landskap AI terkini (dari tahun 2024) dan potensinya di masa hadapan, mengasah kecekapan navigasi prompt AI yang praktikal, kemahiran mengautomasikan alur kerja (work flow) , serta membuat keputusan proaktif, sambil menggali set alat (tool) AI canggih yang direkomendasi, mengambil inspirasi dari kajian kes profesional, dan menyelami aspek etika AI.
- • Peserta akan melihat trend masa depan AI dan memanfaatkan kit penguasaan AI untuk membuka peluang cemerlang dalam segala tusasan serta tindakan profesional.
Target Peserta
Siapa yang perlu ambil kursus ini?
Kursus ini sesuai untuk :
- 1. Golongan pengurusan & profesional yang terlibat dalam tindakan pentadbiran dan keputusan di peringkat organisasi.
- 2. Penganalisis & strategis,
- 3. Pengurus organisasi atau perniagaan,
- 4. Sumber manusia,
- 5. Pentadbir sistem / maklumat,
- 6. Pasukan pendidik dan penyelidik,
- 7. Pasukan kreatif.
0 Reviews