Sinopsis Kursus
Rangkuman sosial (seperti akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kemudahan pendidikan) bergantung pada keupayaan ahli masyarakat untuk mengakses produk dan perkhidmatan kewangan, dan mengambil bahagian dalam sistem kewangan. Kebanyakan usahawan perniagaan mikro tidak biasa dengan istilah asas kewangan. Pengetahuan mereka tentang celik kewangan terhad kepada aktiviti kewangan tertentu sahaja seperti penyimpanan rekod dan mencari sumber kewangan yang mudah. Berdasarkan kajian, usahawan perniagaan mikro kurang mengetahui elemen celik kewangan yang lebih kompleks seperti keperluan sistem perancangan kewangan dan penggunaan jenis struktur kewangan yang betul.
Kurangnya celik kewangan dalam kalangan usahawan perniagaan mikro juga menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pembiayaan luar. Oleh itu, peminjam program pembiayaan mikro masih bergantung kepada dana kewangan mikro walaupun perniagaan mereka telah beroperasi lebih 10 tahun. Walaupun isu celik kewangan sangat penting untuk usahawan perniagaan mikro, namun latihan dalam aspek ini sangat terbatas. Kursus ini memfokuskan kepada latihan celik kewangan dan penilaian, khususnya kepada usahawan mikro.
Hasil Pembelajaran
- 1. Mengetahui konsep rezeki dalam Islam.
- 2. Memahami kedudukan perniagaan sebagai cabang mencari rezeki dalam Islam.
- 3. Menggunakan kekuatan pemacu utama dalam mencapai kejayaan organisasi.
- 4. Memahami konsep pulangan dan risiko di dalam pelaburan
- 5. Membuat perbandingan di antara pembiayaan berbentuk pinjaman, ekuiti dan geran.
Target Peserta
- • Usahawan
- • Pelajar Pascasiswazah
- • Penyelidik
0 Reviews