Pengenalan Kursus
Modul ini memperkenalkan asas pembelajaran Al-Quran Braille, iaitu konsep sistem tulisan sentuhan yang merangkumi kod serta struktur penulisan sebagai asas teori untuk memahami Al-Quran Braille. Kursus ini turut menyediakan latihan transkripsi khusus terhadap format dan struktur Al-Quran Braille yang digunakan di Malaysia. Selain itu, kursus ini turut memperkenalkan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia serta perkembangan pengajaran Al-Quran Braille di Malaysia.
Hasil Pembelajaran Kursus
Di akhir kursus para pelajar akan dapat :
- 1) mengenal pasti asas kod braille hijaiyyah (rasm) dan kod braille harakat ( dabt)
- 2) mengetahui struktur penulisan Al-Quran Braille
- 3) memahami perkembangan pengajaran Al-Quran Braillle di Malaysia
Kelebihan Mengikuti Kursus
Berikut adalah tiga kelebihan bagi golongan tipikal mempelajari kursus Al-Quran Braille:
- 1) memberi peluang kepada individu tipikal dalam membantu komuniti OKU penglihatan dalam mempelajari Al-Quran, sekaligus memperkukuh semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial.
- 2) memberi nilai tambah kepada individu tipikal yang mempelajari Al-Quran Braille sebagai satu kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, kerja sosial, atau bimbingan agama bagi komuniti yang memerlukan.
- 3) meningkatkan pemahaman individu tipikal terhadap aksesibiliti terutamanya dalam keperluan pembelajaran yang inklusif untuk semua golongan masyarakat.
Kaedah Pembelajaran
Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya dalam talian. Para pelajar perlu menggunakan platform ini sepenuhnya untuk akses kepada bahan pembelajaran, kuiz dan juga penilaian.
0 Reviews