Pengenalan Kursus
Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada sistem perkamusan dan cara membina kamus poket peribadi.Pada peringkat pertama, pelajar akan mempelajari jenis-jenis kamus, bentuk-bentuk penjelasan makna perkataan, dan seterusnya bahan bantu yang memudahkan penjelasan makna. Pada peringkat kedua, pelajar akan mengenali teori perkataan Arab dari segi kata akar dan kata berimbuhan. Pada peringkat ketiga iaitu peringkat amali, pelajar akan mempelajari cara membina kamus poket peribadi menggunakan Data Studio. Di mana pelajar akan mempelajari langkah-langkah asas membina kamus poket peribadi selangkah demi selangkah sehingga boleh digunakan pada telefon bimbit.
Objektif Kursus
Pada akhir kursus, pelajar akan dapat:
- 1. Mengenali Sistem Perkamusan Linguistik (CLO1)
- 2. Membezakan perkataan Arab dari segi kata akar dan kata berimbuhan (CLO2)
- 3. Membina Kamus Poket Peribadi dengan menggunakan Data Studio (CLO3)
Kaedah Pembelajaran Kursus
- - Kursus ini berasaskan kaedah pembelajaran kendiri.
- - Pelajar hendaklah menonton video unit pertama dan kedua terlebih dahulu sebelum unit ketiga iaitu bahagian amali.
- - Pelajar mesti menjawab teka-teki untuk mengukuhkan maklumat teori.
- - Pelajar mesti melengkapkan dan menyerahkan projek kamus poket peribadi.
Course Features
Lectures: |
3 |
Quizzes: |
3 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
Beginner |
Language: |
العربية / English / Malay |
Assessments: |
No |
0 Reviews