Pengenalan Kursus
Bertitik tolak daripada kewajaran menilai status hadith yang merupakan sumber kedua dalam Syariat Islam, kursus ini ditawarkan sebagai langkah awal ke arah mendalami Ilmu Warisan Nabawi dan memperkasakan pengamalan Sunnah Rasulullah saw pada era digital. Secara umumnya, kursus ini memberi pendedahan tentang asas-asas Ilmu Hadith khususnya istilah-istilah yang berkaitan dengan status hadith yang perlu diketahui sebelum dijalankan penilaian terhadap sesebuah hadith sama ada dari segi sanad mahupun matan.
Hasil Pembelajaran Kursus
Pada akhir kursus, pelajar dapat membezakan status hadith berdasarkan istilah-istilah yang digunapakai oleh ahli hadith.Pada akhir kursus, pelajar dapat membezakan status hadith berdasarkan istilah-istilah yang digunapakai oleh ahli hadith.
Apa yang akan dipelajari:
- - Hadith Sahih: Definasi, Pembahagian & Sumber.
- - Hadith Hasan: Definasi, Pembahagian & Sumber.
- - Hadith Da'if disebabkan terputus Sanad: Definasi, Pembahagian & Sumber.
- - Hadith Da'if disebabkan pertikaian terhadap perawi: Definasi, Pembahagian & Sumber.
- - Hadith Mawdu': Definasi, Ciri-ciri & Sumber.
Syarat Penyertaan Kursus
- Lepasan STAM atau lulus mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan Sunnah dalam SPM.
- Graduan Pendidikan Islam, guru pendidikan Islam, pegawai agama.
Course Features
Lectures: |
2 |
Quizzes: |
0 |
Duration: |
5 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
Product Ratings: 3
2 Students Ratings
5
Mudah dan jelas
Ts. MOHD FIRDAUS AMRAN
Reviewed on 28th Mar, 23
Pengisian serta olahan kandungan yang menarik serta disampaikan dengan kaedah yang mudah. Terima kasih.
1 Reviews