Pengenalan Kursus
Basic Life Support
Basic Life Support adalah satu pengetahuan dan kemahiran asas perubatan untuk membantu mengekalkan fungsi jantung dan paru-paru apabila ianya gagal. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah langkah kritikal untuk memastikan mangsa diberi bantuan asas hidup sementara menunggu ketibaan pihak profesional perubatan. Bantuan awal mangsa adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang mangsa untuk hidup.
Kursus kemahiran asas khusus untuk orang awam ini merangkumi beberapa topik iaitu perawatan asas kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan rawatan asas bantuan tercekik. Kedua-dua perawatan merangkumi untuk mangsa dewasa dan kanak-kanak. Penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED) merupakan salah satu topik penting dalam kursus asas ini.
Kursus micro-credentialing BLS dibahagikan kepada sepuluh (10) siri. Setiap siri akan diberikan digital badge. Pelajar diberikan kebebasan untuk mendaftar dan melengkapkan setiap siri mengikut masa sendiri. Sijil Basic Life Support akan diberikan selepas tamat dan lulus kesemua sepuluh siri. Sijil ini sah selama lima (5) tahun ataupun garis panduan BLS di kemaskini oleh badan professional yang berkaitan.
Siri Basic Life Support (BLS)
- Siri 1A: Apa itu CPR? (Edisi dewasa)
- - Siri 1B: Mari lakukan CPR (Edisi dewasa)
- - Siri 2A: Apa itu AED?
- - Siri 2B: Kemahiran asas penggunaan AED
- - Siri 3A: Kenali mangsa tercekik (Edisi dewasa)
- - Siri 3B: Kemahiran asas bantuan tercekik untuk dewasa
- - Siri 4A: Apa itu CPR? (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 4B: Mari lakukan CPR (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 5A: Kenali mangsa tercekik (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 5B: Kemahiran asas bantuan tercekik untuk kanak-kanak
BLS Siri 1A: Apa itu CPR? (Edisi dewasa)
Siri ini memperkenalkan kepentingan rawatan asas pertolongan kecemasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada mangsa dewasa. Rawatan ini bertujuan untuk membantu memulihkan sistem jantung dan pernafasan mangsa yang memerlukan. Terdapat 3 modul didalam siri ini.
Modul 1 akan memberi pengenalan dan pengetahuan tentang situasi CPR yang mungkin berlaku di kawasan awam. Ini bertujuan untuk persediaan pelajar dengan kemungkinan situasi yang memerlukan rawatan bantuan CPR. Modul kedua pula akan menerangkan fungsi asas jantung dan pernafasan manusia dewasa yang normal dan apa yang akan berlaku pada sistem-sistem ini semasa bantuan CPR diberikan. Ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar betapa pentingnya melakukan CPR mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.
Modul 3 akan memberi pendedahan kepada langkah-langkah untuk melakukan CPR kepada mangsa dewasa di kawasan awam. Setiap langkah adalah penting terutamanya cara memeriksa pernafasan dan tekanan dada yang berkualiti tinggi. Pelajar juga akan mengetahui tentang bagaimana meletakkan mangsa di posisi pemulihan apabila CPR tidak diperlukan. Pelajar dicgalakkan untuk mengikuti siri 2 bertajuk AED untuk melengkapkan pengetahuan mengenai bantuan CPR.
Kaedah Pembelajaran Kursus
Siri BLS ini dikendalikan sepenuhnya didalam Bahasa Malaysia kecuali untuk istilah-istilah perubatan yang standard. Link nota dalam bentuk pdf dan link video juga akan diberikan
Course Features
Lectures: |
3 |
Quizzes: |
2 |
Duration: |
5 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
Product Ratings: 5
1 Students Ratings
5
terbaikkk
Sarina Md Jaafar 1161
Reviewed on 7th Apr, 23
1 Reviews