Pengenalan Kursus
Basic Life Support
Basic Life Support adalah satu pengetahuan dan kemahiran asas perubatan untuk membantu mengekalkan fungsi jantung dan paru-paru apabila ianya gagal. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah langkah kritikal untuk memastikan mangsa diberi bantuan asas hidup sementara menunggu ketibaan pihak profesional perubatan. Bantuan awal mangsa adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang mangsa untuk hidup.Basic Life Support adalah satu pengetahuan dan kemahiran asas perubatan untuk membantu mengekalkan fungsi jantung dan paru-paru apabila ianya gagal. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah langkah kritikal untuk memastikan mangsa diberi bantuan asas hidup sementara menunggu ketibaan pihak profesional perubatan. Bantuan awal mangsa adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang mangsa untuk hidup.
Kursus kemahiran asas khusus untuk orang awam ini merangkumi beberapa topik iaitu perawatan asas kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan rawatan asas bantuan tercekik. Kedua-dua perawatan merangkumi untuk mangsa dewasa dan kanak-kanak. Penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED) merupakan salah satu topik penting dalam kursus asas ini.
Kursus micro-credentialing BLS dibahagikan kepada sepuluh (10) siri. Setiap siri akan diberikan digital badge. Pelajar diberikan kebebasan untuk mendaftar dan melengkapkan setiap siri mengikut masa sendiri. Sijil Basic Life Support akan diberikan selepas tamat dan lulus kesemua sepuluh siri. Sijil ini sah selama lima (5) tahun ataupun garis panduan BLS di kemaskini oleh badan professional yang berkaitan.
Siri Basic Life Support (BLS)
- - Siri 1A: Apa itu CPR? (Edisi dewasa)
- Siri 1B: Mari lakukan CPR (Edisi dewasa)
- - Siri 2A: Apa itu AED?
- - Siri 2B: Kemahiran asas penggunaan AED
- - Siri 3A: Kenali mangsa tercekik (Edisi dewasa)
- - Siri 3B: Kemahiran asas bantuan tercekik untuk dewasa
- - Siri 4A: Apa itu CPR? (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 4B: Mari lakukan CPR (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 5A: Kenali mangsa tercekik (Edisi kanak-kanak)
- - Siri 5B: Kemahiran asas bantuan tercekik untuk kanak-kanak
BLS Siri 1A: Apa itu CPR? (Edisi dewasa)
Siri ini akan memperkukuhkan kemahiran pelajar untuk melakukan rawatan asas kecemasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) kepada mangsa dewasa. Pelajar akan mendapat peluang untuk mempraktikkan langkah-langkah asas CPR untuk mangsa dewasa. Kandungan siri ini akan menilai pengetahuan yang telah dipelajari di dalam siri BLS 1A. Soalan objektif serta subjektif berdasarkan topik didalam BLS Siri 1A akan diberikan di dalam Modul 1. Di dalam Modul 2, pelajar akan berpeluang untuk mempraktikan kemahiran tekanan dada yang berkualiti tinggi untuk dinilai oleh pensyarah. Dengan ini, adalah diharapkan bantuan CPR yang diberikan adalah efektif dan dapat membantu mangsa.
Kaedah Pembelajaran Kursus
- - Nota dari Siri 1A: Apa itu CPR? (Edisi dewasa)
- - Rakaman video untuk pembentangan praktikal
- - Anda memerlukan jumlah markah lulus melebihi 50% untuk memastikan anda mendapat sijil BLS diakhir semua siri BLS.
Course Features
Lectures: |
6 |
Quizzes: |
1 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
English |
Assessments: |
Yes |
0 Reviews