Pengenalan Kursus
Sinopsis Kursus
Keluarga merupakan institusi yang paling asas dalam masyarakat. Semenjak zaman dahulu sehingga ke hari ini, manusia hidup berkelompok dalam unit keluarga untuk mencari sokongan emosi dan fizikal di samping bertujuan untuk membantu dalam proses perkembangan dan sosialisasi. Kaunseling keluarga berbeza daripada kaunseling individu dan kelompok dari segi fokus dan kliennya. Kaunseling keluarga menumpukan kepada membuat perubahan dalam sistem kehidupan. Ia secara serentak meliputi interpersonal, intrapersonal dan sistem keluarga. Kaunseling keluarga memberi tumpuan kepada proses perhubungan dan komunikasi keluarga untuk dilihat melalui masalah klinikal, walaupun hanya satu anggota keluarga yang mungkin memaparkan gejala psikiatri.
Menerusi siri asas ini, peserta/pelajar akan didedahkan dengan keperluan dan pengenalan kepada institusi kekeluargaan. Adalah penting bagi kaunselor/pembantu untuk mengetahui latarbelakang serta sejarah perkembangan keluarga seperti kitaran hidup keluarga, perhubungan ibubapa dan anak serta kesihatan mental dalam keluarga.
Hasil pembelajaran Kursus
Di akhir kursus, peserta akan dapat;
Memahami perkembangan individu dan keluarga, konsep asas kaunseling keluarga dan isu-isu dalam keluarga.
Course Features
Lectures: |
6 |
Quizzes: |
1 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
English/Malay |
Assessments: |
Yes |
0 Reviews