Pengenalan Kursus
Keluarga merupakan institusi yang paling asas dalam masyarakat. Semenjak zaman dahulu sehingga ke hari ini, manusia hidup berkelompok dalam unit keluarga untuk mencari sokongan emosi dan fizikal di samping bertujuan untuk membantu dalam proses perkembangan dan sosialisasi. Kaunseling keluarga berbeza daripada kaunseling individu dan kelompok dari segi fokus dan kliennya. Kaunseling keluarga menumpukan kepada membuat perubahan dalam sistem kehidupan. Ia secara serentak meliputi interpersonal, intrapersonal dan sistem keluarga. Kaunseling keluarga memberi tumpuan kepada proses perhubungan dan komunikasi keluarga untuk dilihat melalui masalah klinikal, walaupun hanya satu anggota keluarga yang mungkin memaparkan gejala psikiatri.
Menerusi siri lanjutan ini, peserta/pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas, teknik dan proses kaunseling keluarga.
Hasil pembelajaran Kursus
Di akhir kursus, peserta akan dapat;
Memahami keperluan melaksanakan kaunseling keluarga, teori dan proses kaunseling keluarga serta etika dan isu-isu dalam kaunseling keluarga.
Course Features
Lectures: |
6 |
Quizzes: |
1 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
0 Reviews