Pengenalan Kursus
Modul ini memperkenalkan pendekatan Seni Tarannum dalam pembacaan al-Quran. Perbincangan secara spesifik terhadap kepentingan dan peranan suara serta hubunganya dengan ilmu Tarannum al-Quran. Perkembangan ilmu Tarannum juga turut disoroti bermula dari zaman Rasulullah S.A.W hinggalah masakini. Selain itu juga kursus ini memperkenalkan maqam-maqam utama dalam ilmu Tarannum seperti maqam Bayyati, Soba, Rast, Nahawand, Sikah, Hijaz dan Jiharkah.
Hasil Pembelajaran Kursus
Di akhir kursus para pelajar akan dapat:
- 1. Mengenalpasti secara spesifik seni suara dari sudut prinsip, peranan, dan sejarah perkembangan Seni Tarannum al-Quran.
- 2. Mengenal jenis-jenis Tarannum al-Quran yang utama iaitu Bayyati, Soba, Rast, Hijaz, Nahawand, Sikah dan Jiharkah.
Kelebihan kursus ini antaranya:
- - Kursus ini dibangunkan untuk para pecinta ilmu tarannum al-Quran yang merangkumi pendidik, para asatizah, pelajar KKQ dan masyarakat awam.
- - Penyediaan modul yang konprehensif sesuai untuk semua lapisan masyarakat untuk mempelajarinya.
- - Para pelajar dapat memahami, merasai kehebatan dan kemukjizatan al-Quran berdasarkan nada , rentak dan irama al-Quran
Kaedah Pembelajaran
Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya dalam talian.Para pelajar perlu menggunakan platform ini sepenuhnyauntuk akses kepada bahan pembelajaran, kuiiz dan juga penilaian.
Course Features
Lectures: |
6 |
Quizzes: |
1 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
Product Ratings: 5
1 Students Ratings
5
Jom bertaranum ^^
Ts. MOHD FIRDAUS AMRAN
Reviewed on 27th Mar, 23
Moga mampu mendalami ilmu baharu dalam seni bertaranum al-Quran. InsyaAllah.
1 Reviews