Pengenalan Kursus
Bimbingan dan Kaunseling untuk Pendidik
Modul ini memberi pendedahan kepada komuniti pendidik tanpa mengira latar belakang untuk mengetahui dan memahami perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di institusi pendidikan. Modul ini juga direkabentuk untuk meningkatkan kemampuan komuniti pendidik dalam mengetahui peranan, fungsi dan identiti profesional pendidik yang berkaitan dengan hubungan peranan profesional kaunselor di institusi pendidikan (seperti sekolah, kolej dan universiti).
Sebelum memulakan kursus ini, para pendidik perlu mengetahui bahawa:
- - Kursus ini bersifat terbuka, fleksibel dan boleh diikuti di mana-mana dan pada bila-bila masa.
- - Tiada syarat yang ditetapkan seperti melengkapkan kursus-kursus tertentu atau menguasai sebarang kemahiran asas kaunseling.
- - Memberi pendedahan awal kepada para pendidik tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat asas.
Hasil Pembelajaran Kursus
Di akhir kursus ini, para pendidik akan:
- 1. Mengetahui peranan, fungsi dan identiti profesional pendidik yang berkaitan dengan hubungan peranan profesional kaunselor di institusi pendidikan (seperti sekolah, kolej dan universiti)
- 2. Meningkatkan tahap profesionalisme para pendidik dalam memberi sokongan dan dokongan kepada pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di institusi pendidikan masing-masing.
Kaedah Pembelajaran Kursus
Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian. Para pendidik perlu menggunakan platform ini sepenuhnya untuk akses kepada bahan pembelajaran, kuiz dan penilaian.
Course Features
Lectures: |
4 |
Quizzes: |
4 |
Duration: |
6 hours |
Skill Level: |
Beginner |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
0 Reviews