Pengenalan Kursus
Modul ini memperkenalkan proses permohonan perceraian secara lafaz talak mengikut undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Modul terbahagi kepada tiga tajuk:
- 1. Perceraian Dengan Lafaz Talak Melalui Mahkamah
- 2. Perceraian Dengan Lafaz Talak Di Luar Mahkamah
- 3. Isu-isu Semasa Berkaitan Perceraian
Tajuk pertama adalah proses permohonan perceraian dengan lafaz talak secara persetujuan bersama melalui Mahkamah. Tajuk kedua pula ialah proses permohonan pengesahan lafaz talak di luar Mahkamah, sekiranya talak dilafazkan di luar Mahkamah. Konsep dan proses perceraian tersebut diterangkan melalui panduan langkah-demi-langkah dan carta alir.
Modul ini juga menerangkan jawapan kepada soalan lazim berkaitan perceraian dengan lafaz talak dengan memberi maklumbalas terhadap persoalan-persoalan yang kerap timbul dalam kalangan masyarakat. Persoalan-persoalan tersebut diambil daripada permasalahan orang awam yang dirujuk kepada Klinik Guaman Fakulti Syariah dan Undang-undang (KGFSU), USIM.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Hasil Pembelajaran Kursus
Dengan mengikuti kursus ini, peserta dapat memahami:
- - Proses permohonan cerai dengan lafaz talak secara persetujuan bersama melalui Mahkamah.
- - Proses permohonan pengesahan lafaz talak di luar Mahkamah
- - Maklumbalas kepada soalan lazim berkaitan permohonan cerai dengan lafaz talak melalui Mahkamah
- - Maklumbalas kepada soalan lazim berkaitan pengesahan cerai dengan lafaz talak di luar Mahkamah.
Course Features
Lectures: |
6 |
Quizzes: |
1 |
Duration: |
3 hours |
Skill Level: |
All level |
Language: |
Malay |
Assessments: |
Yes |
0 Reviews